tempat - tempat menarik di melaka DAN MUAR

Perkampungan Ikan Bakar Terapung

Dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dengan hasil inisatif oleh Ahli Parlimen Kawasan Jasin Kpt(B) Ahmad Hamzah dalam usaha untuk menarik para pelancong berkunjung ke kawasan luar bandar

Mula beroperasi dari 3.00 petang hingga jam 12.00 tengah malam setiap hari tanpa cuti

Terletak di Umbai Baru, Merlimau, Melaka.
Hanya 24 minit dari DSyifa Homestay

Mampu menampung 500 orang tetamu dalam  satu masa terutamanya di dalam majlis keramaian

Upside Down House

Terletak di Jalan Pm 7, Plaza Mahkota, 75000 Melaka, Malaysia dan hanya 40 minit dari DSyifa Homestay

Antara tempat tarikan pelancong menampilkan beberapa bilik dalaman dengan perabot dan hiasan terbalik

Melaka Wonderland

<< Tornado Chaser

Antara permainan yang ada di Melaka Wonderland. Melaka Wonderland terletak di Ayer Keroh dan hanya 39 minit dari DSyifa Homestay

<< Kamekaze Race

Harga tiket Melaka Wonderland adalah dari
RM 19 hingga RM 45

Big Wave Pool >>

Melaka Wonderland dibuka dari pukul
11 pagi hingga 7 malam

Adventure Island >>

Melaka Wonderland mula dibina pada Julai 2009 dan dibuka kepada para pengunjung pada
15 Mei 2010 

Kolam Air Panas Jasin

Kolam Air Panas Jasin, terletak di Bemban, Jasin, Melaka. Hanya 28 minit dari D'Syifa' Homestay 

Antara tempat tarikan pelancong yang bertemakan taman air untuk kanak-kanak dan dewasa

Beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 12 pagi

Mempunyai pelbagai kolam air panas untuk dewasa yang menawarkan tahap kepanasan yang berbeza 

Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Mee bandung asli yang paling sedap dan terkenal yang tidak asing lagi di Malaysia. Hanya 21 minit dari D'Syifa' Homestay ke Pekan Muar




Harga sepinggan mee bandung hanya RM 4.50. Selain dari mee bandung, kedai makan ini juga menyajikan pelbagai jenis sate yang lazat. 

Terletak di Jalan Abdullah, Muar, Johor.
Dibuka dari 7 pagi hingga 4 petang

Kedai makan mee bandung Abu  Bakar Hanipah juga mempunyai dua lagi cawangan di Muar iaitu di Medan Selera Tanjung Emas dan di Agro Bazar Pagoh.   

Abu Bakar Hanipah menyediakan hidangan mi bandung Muar istimewa buat para pelanggannya sambil dibantu oleh isterinya, Sabariah Salleh.

Muar River Cruise

Muar River Cruise ini terletak di Jeti Tanjung Emas, Muar, Johor. Hanya 27 minit dari D'Syifa' Homestay

<< Dataran Tanjung Emas

Antara tempat - tempat yang dapat dilihat ketika menaiki Muar River Cruise

Menawarkan pengembaraan melihat keindahan bandar Muar kepada para pengunjung melalui
jalan sungai

Beroperasi pada hari Selasa hingga Ahad dari pukul 10 pagi hingga 6 petang 

Harga tiket untuk dewasa adalah hanya RM10
dan kanak-kanak hanya RM6 

Taman Gunung Ledang, Tangkak

<< Pintu Masuk

Taman Gunung Ledang yang terletak di Tangkak, Johor merupakan salah satu tempat pelancongan di Johor yang menyediakan perlbagai aktiviti menarik untuk para pelancong antaranya mendaki ke Puncak Gunung Ledang, kembara didalam Gua Kambing dan Air Terjun Puteri. Hanya 40 minit dari D'Syifa' Homestay

<< Visitor Park

Maklumat mengenai Taman Hutan Lagenda, Gunung Ledang, flora dan fauna ada disediakan rumah ini

Air Terjun Puteri >>

Tempat dimana puteri gunung ledang turun mandi manda sewaktu bulan mengambang

Killing Fitness Center >>

Aktiviti mendaki ke Puncak Gunung Ledang yang mencabar fizikal para pelancong