Koperasi
Darussyifa
Berhad

"...Sebahagian ulama’ menyebut koperasi sebagai ‘syarikah ta’awuniyah’ yang membawa maksud ‘perkongsian tolong menolong’.

Ia merupakan suatu perjanjian kerjasama antara dua pihak atau lebih. Satu pihak mengeluarkan modal, dan satu pihak lagi menjalankan usaha daripada modal tersebut. Keuntungan daripadanya akan dibahagikan mengikut perjanjian.

Koperasi adalah sebagai wadah kerjasama yang baik antara pencarum dan pengusaha. Kerjasama inilah yang akan membawa keuntungankepada kedua-dua pihak..."

PETIKAN AMANAT
ALMARHUM TN GURU DATO' DR HARON DIN
PENGASAS KOPERASI DARUSSYIFA BERHAD
Menyedia keperluan kepada pelanggan yang
datang ke Darussyifa’.
Memberi kemudahan kepada pesakit membeli
barang keperluan rawatan.
Memenuhi keperluan fardu kifayah dalam
organisasi Darussyifa’
Menyatukan dan mengeratkan hubungan
silaturrahim bekas pelajar Darussyifa’ dalam
satu wadah perniagaan.
Memberi peluang kepada ahli-ahli koperasi
mendapat keuntungan sama

Darussyifa’ adalah satu pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1989 dengan objektif seperti yang diperuntukkan dalam Fasa 4 Undang-Undang Kecil. Aktiviti utama adalah Kuliah Pengubatan Islam dan Khidmat Perubatan di Bangi dan di seluruh negara. Hingga kini ahli Darussyifa’ berjumlah melebihi 9,000 orang dan akan terus meningkat pada tahun-tahunakan datang.

Pencapaian Tahun 2016

Terdapat tiga projek yang telah diluluskan pada tahun 2015 dan direalisasikan pada tahun 2016 bagi menambah baik perkhidmatan Koperasi Darussyifa’ iaitu:
       i. Cadangan membuat kolam pancing casting.
       ii. Membeli sebuah lori pengangkutan.
       iii.Membina 4 unit rumah rehat (Homestay)
       v. Membina surau.
Keempat-empat cadangan tersebut telah direalisasikan projeknya pada awal tahun 2016. Ia telah berjalan dengan lancar mengikut progres

PEMBELIAN LORI
Pembelian lori merupakan keperluan utama bagi memudahkan pengedaran air mineral ke negeri dan daerah yang membuat tempahan. Cadangan tersebut telah dapat direalisasikan sepenuhnya pada awal tahun 2016 dengan harga Ringgit Malaysia 128,000.00

membuat kolam pancing casting

100

membeli sebuah lori pengangkutan

100

membina 4 unit rumah rehat (homestay)

100

membina surau

100

Latar
Belakang

Melaksanakan aktiviti peruncitan melalui mini shoppe, yang berkaitan percetakan, pembangunan tanah dan pengedaran /pengeluaran air minuman yang menyumbang kepada pendapatan utama KDB.

Mengadakan aktiviti kolam pancing dan kelapa sawit di sebidang tanah Koperasi di Sg. Rambai, Melaka.

Melaksanakan aktiviti Umrah dan Ziarah, dan lain-lain aktiviti yang bermanfaat.

Pembelian rumah kedai, Unit amanah dan emas.

Melaksanakan aktiviti kebajikan kepada anggota DARUSSYIFA’.

CONTACT FORMS

Easily add subscribe and contact forms without any server-side integration. Just link your email to form and get submissions instantly. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit. Accusantium id perspiciatis, sint odit error animi veniam omnis cupiditate distinctio, a quidem deleniti laborum maiores optio laudantium earum vel! Sint, rerum.

Program bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Sehingga hari ini, Koperasi Darussyifa telah menghantar Anggota Lembaga dan kakitangan pengurusan untuk mengikuti pelbagai program yang disediakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Koperasi Malaysia. Di antara kursus yang wajib dihadiri ialah kursus Wajib 1, 2 dan 3 dan lain-lain yang berkaitan pengurusan. Langkah susulan perlu diambil bagi mencapai tahap pengurusan yang cekap yang memadai perlu untuk diambil oleh Koperasi untuk penambahbaikan pengurusan bagi mencapai matlamat penubuhan Koperasi sebagaimana yang ditetapkan. Untuk memenuhi hasrat tuan guru.

02 june 2017

Pengurusan Kewangan Koperasi

Bagi melaksanakan perkara tersebut kakitangan pengurusan hendaklah sentiasa peka, berdaya usaha, dinamik dan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik. Pihak pengurusan yang diketuai oleh Pengurus dan kakitangan perlu mempunyai
semangat dan budaya kerja cemerlang untuk memajukan Koperasi:

• Pematuhan khususnya dalam Akta Koperasi 1993.
• Pengurusan supaya lebih berilmu dan berketerampilan dalam mengurus aktiviti harian berketerampilan dalam
   mengurus aktiviti harian.


01 june 2017

Koperasi ditubuhan dengan objektif meningkatkan socio- ekonomi anggotanya melalui aktiviti yang dilaksanakan .anggota yang bernaung dibawah Koperasi ini .

Darussyifa’ telah ditubuhkan hampir 30 tahun, Darussyifa’ memiliki tanah dan bangunan pada hampir seluruh negeri. Khasnya bagi lot tanah (kosong) seperti di Sri Iskandar, Setiawan Perak, Lipis Pahang dan Semenyih Selangor boleh dimajukan melalui Koperasi.

Melaksanakan aktiviti kebajikan termasuk takaful dan khairat kematian.

Untuk mewujudkan persepakatan antara anggota Darussyifa’ dengan menjalankan aktiviti secara
dua hala.